Saturday

Ambang Asuhan Jepun(AAJ)

Assalammualaikum....

Siapa nak study dekat Jepun???!!Me me me!!!! Masa dulu dulu lepas akak mohon scholarship JPA tak tahu pun pasal ambang asuhan jepun ni. Siap gigih google BIASISWA LUAR NEGARA,BIASISWA JPA, BIASISWA STUDY KE JEPUN and mcm mcm lagi. Bila dah keluar result Jpa(mohon Jpa dlm tempoh seminggu lepas result spm keluar, keputusan dapat ke tak keluar dalam bulan lima ke enam mcm tu),baru dapat tahu kena buat preparation dekat ambang asuhan jepun,University of Malaya.Dah la masa tu dah masuk PASUM,terkejar kejar la nk keluar dr Pasum ,masuk AAJ pula.

Okay, what is AAJ?
Usually, sebelum kita fly ke luar negara untuk study, kita kena ada preparation especially bg yang nak pergi negara yang english bukan main language nya macam Jepun and Korea.Banyak pusat preparation yang JPA hantar pelajarnya, antaranya macam Jed,Intec,AAJ and etc.AAJ stands for Ambang Asuhan Jepun atau dikenali sebagai RPKJ,Rancangan Persediaan Khas Jepun.Yang AAJ ni plak dekat UM.After dua tahun preparation, lulus final exam yang dipanggil EJU baru boleh fly. Yyeeaayyy...!!!

Dekat AAJ ni tak mcm pusat preparation lain,memang khas untuk belajar engineering.First day daftar tu, Jpa akan buatkan card cimb korang untuk masukkan elaun and lepas tu ada orientation beberapa hari baru start belajar.Mula mula start belajar tu tak susah sangat, belajar basic nihonggo mcm hiragana and katakana,and hafal beratus kotoba(perkataan).Huahahaaha... Tunggu la korang hafal kanji nnt... memang banyak benda kena hafal.Dalam setahun mcm tu la belajar basic and masa tu subjek science still in english.Lepas tu bila naik second year, baru everything tukar in Japanese.Sangat challenging but still worth it opportunity dalam hidup.Susah dulu senang kemudian kan.Masa tu tergedik gedik lah cakap jepun keliling UM.huahaahahaa...

Masa preparation, buku,notes,everything memang JPA sediakn.Tinggal study and lulus exam je.Ada juga beberapa aktiviti menarik macam One Step to Japan,pergi lawat orang jepun yang tinggal and kerja di Malaysia,and even culture exchange dengan budak Jepun yang study dekat International School di Malaysia.Masa study mcm biasa la, pukul lapan hingga enam.Pakai baju kurung.Hohoho. Sensei semua baik and sangat membantu.Tak tahu just tanya and dieorang akan ajar sampai faham.

Silibus sini boleh kata almost sama dgn sekolah menengah Jepun sebab buku teks pun import Nihon.Ada test setiap minggu especially untuk nihonggo sebab kena hafal perkataan kan.Kalau subjek science tu tak kerap sangat exam tapi penting.Nanti last bila dah nak setahun setengah ada satu exam ni namanya EJU,nama yang semua budak nak fly ke Jepun geruni.Examnya agak challenging tapi kalau study elok dekat AAJ insyaallah lepas and boleh fly.Jangan ambil mudah sbb ada kes budak x lepas eju and tak boleh fly.Lepas tu pandai pandai la fikir nak study mana.So,don't waste the chance!!

Bila dah lepas exam Eju and final exam AAJ, boleh la rasa merdeka.Hihihi.. lepas tu still study tapi syllabus tak la berat.I told you AAJ ni memang bagus untuk persediaan ke Jepun.Bila result dah keluar and confirm siapa boleh fly, masa tu la hati memang berbunga bunga x sabar nak kemas bag ke Jepun.Haha.Aahh.. jangan lupa ada BTN,tu program jati diri selama seminggu yang wajib untuk semua rakyat Msia yang nk study dekat oversea.Selain tu ada hari graduate yang semua pakai cantik cantik untuk raikan kejayaan kerana layak ke jepun.

Nak ke AAJ ke Intec ke,Ibt ke,Jed ke... semua tu tak boleh pilih.Lepas korang mohon scholarship Jpa ke empat negara(Jepun,Korea,Jerman,Perancis)tu,korang duduk la diam diam tunggu Jpa yang tentukan korang ke mana ikut result SPM.Apa pun, jangan putus asa and cuba mohon sebab mana tahu ada rezeki kan.Nak info lebih boleh comment bawah, nnt akak balas.

Good luck :)

No comments: