Sunday

Lasagna Hari Bapa..!

Assalammualaikum..


Terlebih dahulu.. nak ucapkan Happy Father's Day to my beloved dad yang jauh nun Malaysia.. Selamat Hari Bapa ayah.. :) Terima kasih sebab jaga omi dari kecil, lengkap makan minum semua dansentiasa jaga keselamatan dan kesihatan omi.Selain menjadi seorang ayah yang hebat, ayah juga merupakan guru yang penyayang dan penyabar(he's a teacher). Terima kasih sebab banyak turunkan ilmu pada Omi dan bimbing Omi dalam pelajaran hingga Omi berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Jepun.Miss your tempoyak.. balik cuti summer boleh rasa tempoyak ayah.. hohoho..  Terima kasih ayah..


Ok, btw, bila hari bapa je.. kiteorang adik beradik excited gila sebab tahu hari bapa makan mesti sedap2.. Yela.. ma sayang ayah kan.. mesti la hari macam ni nak rai special2.. hari biasa pun masak sedap je.. just.. bila ada kesempatan untuk menzahirkan kasih sayang tu.. ma biasa buat something special.. and I love the most is my mum's lasagna..!! banyak kali dah cuba buat tapi rasa x pernah nak sama sedap dgn ma..! :( maybe sbb air tangan mak kut.. hoho..  ma.. tumpang bagi share resepi lasagna ma tau.. :P


Since today is father's day.. maybe korang boleh je buat something nice untuk celebrate father's day dengan family. :) like me.. I missed my mum's lasagna very much since I've been in Japan.. huhuhu..


masukkan semua
bahan je.. -_-
Bahan-bahan:
1.roti
2.ayam atau daging cincang
3.cendawan butang
4.hotdog
5.sos/ puri tomato (beli tin je dah ok)
6.cheese
7.black pepper dgn serbuk cili


Langkah-langkah:
ready nak
bakar dalam oven.. yum yum..
1.Carikkan roti dalam satu mangkuk.. mangkuk tu yang kaca tebal ye.. jangan guna plastic ke apa.. nanti lebur dalam oven.. >_<
2.masukkan cendawan butang,ayam atau daging cincang, hotdong yang dah dihiris dan puri tomato.
3.Gaulkan bahan2 tu dan masukkan secubit garam dan gula.
4.kalau ada isi ketam boleh la tabur atas tu.. lepas tu.. taburkan cheese hingga tutup semua permukaan atas.
5.taburkan black pepper dan serbuk cili dengan rata.
6.Masukkan dalam oven 170degree dalam masa 50 minit.
8.Siap..! boleh je nak hidang dengan sos cili atau mayo.. :)


senang kan.. hari ni puasa.. still sempat lagi nak buat lasagna ni buat surprise masa buka puasa.. hohoho.. :) apa pun.. Happy Father's Day..! :)

No comments: